Thursday, July 14, 2005

Aku kembali

Dengan ini diumumkan ruangan al-Ghozi | minds akan kembali aktif mengganas secara rasmi mulai hari ini.

Buat sementara ini tiada sebarang entry atau masukkan terbaru... kerana lebih kepada pembaikpulihan dan upgrade template yang sedia ada. Komen atau cadangan membina amatlah dihargai.

Wassalam

Wednesday, July 06, 2005

Tiru Iraq pancung kepala

BANGKOK 4 Julai - Lapan kejadian mayat dipancung pada bulan lepas di selatan Thailand adalah keganasan yang ditiru daripada keganasan di Iraq, kata Menteri Dalam Negeri, Chidchai Vanasathidya hari ini.

"Kami amat bimbang mengenai kejadian ini. Maklumat perisikan kami menunjukkan ia ditiru daripada kejadian keganasan di Iraq," katanya.

Chidchai berkata, kumpulan-kumpulan yang bertanggungjawab telah meniru keganasan di Iraq tetapi mereka tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan militan di luar Thailand.

Pakar-pakar antarabangsa berkata, pemberontakan di selatan Thai tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan ekstremis antarabangsa tetapi keadaan itu mungkin berlaku jika ia tidak dibendung secepat mungkin.

Lebih 790 orang terbunuh dan 1,200 lagi cedera sejak pemberontakan bermula Januari 2004 yang pihak berkuasa dan para penganalisis menyalahkan kumpulan-kumpulan pemisah, jenayah terancang dan kumpulan penyeludupan.

Chidchai juga menyatakan pihak berkuasa pendidikan mungkin menutup sekolah-sekolah di perkampungan kecil dan memindahkan pelajar-pelajarnya ke sekolah di bandar. - AFP