BANGKOK 25 Mei - Perdana Menteri kerajaan penceroboh, Thaksin Shinawatra hari ini mengumumkan rombakan pegawai tinggi tentera di selatan Siam dan mengarahkan pendekatan lebih agresif untuk menghentikan "keganasan".
Thaksin menyatakan, Jeneral Sirichai Thanyasiri akan dilucutkan jawatannya sebagai ketua sebuah pasukan khas yang diberi tanggungjawab untuk menghentikan kegiatan pemisah.
Beliau akan digantikan oleh Leftenan Jeneral Kwanchart Klaharn, komander tentera bagi 14 wilayah selatan, kata Perdana Menteri.
"Penggiliran tugas ini bertujuan untuk membawa masuk muka baru bagi menggantikan para pegawai yang sudah keletihan dan dengan itu cenderung mengambil pendirian defensif," menurut Thaksin.
"Pegawai baru akan mengambil pendekatan lebih agresif dari segi memperbaiki hubungan dengan penduduk tempatan, di samping menangkap penyerang dan melindungi penduduk awam tidak berdosa daripada serangan," tambah beliau.
"Mereka akan merangka pelan strategik kerana tidak ada individu yang mampu menyelesaikan masalah ini secara bersendirian."
"Kita perlu berusaha sedaya upaya untuk mencegah penduduk tempatan daripada dibunuh. Malah penduduk Islam sendiri turut terbunuh,'' kata Thaksin. - AFP
1 comment:
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » »
Post a Comment