Saya ada banyak kisah tentang perempuan-perempuan buta. Satu darinya,rakan
sekuliah yang berkahwin seawal di matrikulasi. Didorong rasa cinta, mak bapak tolak ke tepi, nasihat member-member dikata dengki.
Menjadi isteri kedua kepada seorang pemandu teksi yang menurutnya
lelaki paling caring dan gentle pernah ditemui walau hakikatnya tidak mampu
serba-serbi (bayangkan susu anak isteri tua pun tak mampu dibeli). Itu
belum cerita hal lampin anak, rumahnya walau pada interpretasi saya lebih
mirip reban ayam nenek saya ( jambannya ditampal dengan signboard Car Wash) dan anak-anaknya yang berderet macam gerabak LRT. Bila ditanya, cepat dia menjawab,"...kau takkan faham, cinta kami cinta sejati"
Kisah II
Teman baik sejak kecil yang muda setahun, agak rapat hingga saya sanggup keluar untuk menunggu bas setengah jam awal setiap hari hanya untuk
membentangkan "analisis program TV" malam sebelumnya. Hobinya mencuba
pelbagai krim muka, hangout di pasar malam (duduk di kampunglah
katakan), bergaduh dengan bohsia dan tidak ketinggalan bercuti setiaphari Isnin
untuk mengelak perhimpunan.
Agak gila-gila, gemar naik motor petang- petang , pakai baju lawa-lawa
macam orang hendak pergi beraya dan pernah sekali, buat DIY tattoo pakai
ubat nyamuk lingkaran. Paling gila, berhenti sekolah semasa Form 4
,bertunang semasa saya di matriks dan menikah setahun kemudian. Raya
yang lepas, officially divorce dengan anak yang baru menjengah usia setahun.
Kisah III
Si perempuan ini rupa kurang, badan macam mak orang. Paling
menyakitkan hati selalu disangka kakak oleh salesman. Teman lelaki pula bukannya handsome sangat pun (sekali pandang macam Helmi Gimmik, 2 kali pandang dah rupa macam goalkeeper team bola Ghana).
Mungkin disebabkan faktor infeoriti dan berasa berada bukan di dalam
zon selamat, si perempuan dengan bermurah hati "berjasa" kepada si
lelaki. Ada handset diberi guna, tak ada duit diberi pinjam ,ada motor diberi
pakai. Alasannya mudah -senang untuk berhubung lantaran keduanya dari kuliah
berlainan. Kononnya esok lusa kalau ada jodoh, semuanya akan jadi harta
sepencarian.
Masalahnya, si lelaki ini serius sedikit pun tidak, hidup dengan berbohong, si perempuan pula terus berharap. Pantang orang mengkhabarkan berita yang "kureng" tentang si cik abang habis satu kolej diamukkan. Di matanya, dialah Rosalinda yang hebat diduga dalam api percintaan. Sementelah lelakinya Fernando Jose AKA the most eligible bachelor yang menjadi rebutan
setiap perawan.
Semua cerita di atas mengingatkan saya kepada phrases Love is Blind.
To be honest saya setuju walau tidak 100 peratus. Kalau tidak masakan si Romeo sanggup minum racun untuk mati bersama Juliet, Teja yang sanggup lari ke Melaka mengikut Hang Tuah, Rose yan g sanggup memilih untuk tenggelam
demi bersama Jack dan si malang Devdas yang mati kerana frust melepaskan Paro ke tangan orang.
TETAPI, saya strongly disagree apabila itu dijadikan alasan bila hidup
yang indah berubah menjadi neraka, apabila seseorang yang disangka teman
sehidup semati @ mr right, berubah mr bahlol. Kerana dalam hidup kita
diberi dua pilihan, untuk berkata ya atau tidak. Lagu Lee Ann Womack ada
bercerita, Hidup ini tarian, kita ada pilihan sama ada mahu duduk atau menari.
Moral of the story is learn to love yourself before learn tolove others.
Cinta yang dipacu rasa berahi terbit dari sayang dan suka, tanpa rasionaliti dan kematangan boleh membawa kemusnahan yang luar biasa. Itu sangat-sangat saya percaya.Seiring dengan usia, api berahi makin malap,rasa sayang menjauh .Bila kasih makin dingin,saat itulah isteri yang mulanya dianggap JLo kini tak ubah macam nyamuk Aedes yang membawa virus Denggi.
Si suami pula tidak ubah macam Anaconda-perut memboy ot dan tahu mengarah 24 jam , bezanya Anaconda ini hidup didarat .Persoalannya apa akan jadi bila rasa kasih, rasa sayang sudah hilang.
Dalam kes-kes tadi, saya masih tidak faham mengapa perempuan yang
selalu buta dalam percintaan. Kemudian menyalahkan lelaki, lelaki tiada hati
perutlah, jantan tak gunalah, jantan kaberet dan yang seangkatan dengannya tanpa mengambil tindakan dan langkah-langkah pencegahan awal. Harus diingat,dalam apa jua perkara prevention is always better than cure.
Dan, kepada lelaki yang mempunyai similiariti dengan kisah-kisah di
atas, satu saja pesanan-jika tidak mahu nasib yang sama menimpa anak
perempuan anda di kemudian hari, belajar- belajar lah "menghargai"anak
dara orang.
Mungkin saya tidak adil, mungkin sedikit prejudis atau mungkin betul
kata perempuan dalam kisah I, mungkin saya tidak akan faham erti cinta
sejati.
I Hope You Dance" (Lee Ann Womack)
I hope you never lose your sense of wonder
You get your fill to eat, but always keep that hunger
May you never take one single breath for granted
God forbid love ever leave you empty handed
Chorus: I hope you still feel small when you stand beside the ocean
Whenever one door closes I hope one more opens
Promise me that you'll give faith a fighting chance
and when you get the choice to sit it out or dance
I hope you dance, I hope you dance
I hope you never fear those mountains in the distance
Never settle for the path of least resistance
Living might mean taking chances, but they're worth taking
Loving might be a mistake but it's worth making
Don't let some hell bent heart leave you bitter
When you come close to selling out, reconsider
Give the heavens above more than just a passing glance
And when you get the choice to sit it out or dance
I hope you dance (time is a wheel in constant motion always)
I hope you dance (rolling us along)
I hope you dance (tell me who wants to look back on their youth and wonder)
I hope you dance (where those years have gone)
I hope you still feel small when you stand beside the ocean.
Whenever one door closes I hope one more opens.
Promise me that you'll give faith a fighting chance.
And when you get the choice to sit it out or dance.
chorus
(2xhope)danceeeeeeeeeeeeeeeee(time is wheel in constant motion always)
I hope you dance (rolling us along)
I hope you dance (tell me who wants to look back on their youth and wonder)
I hope you dance (where those years have gone)
repeat 1x
I hope you dance
No comments:
Post a Comment