Monday, October 11, 2004

Bila Bukan Raja Beraja Di Mata, Bila Bukan Sultan Bersultan Di Hati...

Assalamualaikum Wbh, Gday mate!
Ntah apa yang hendak ditulis awal minggu ni. Fully packed weekends, make me abit exausted but satisfied and gratefull when masa penuh dengan activities. Allhamdulillah taklah berlalu begitu sahaja. Lagipun itu dah satu tugas. Jika tugas kita demi LillahiTa'ala sudah dikira ibadah. Setiap ibadah, InsyaAllah adalah ganjarannya. The whole week memang agak concentrate with election coverage. Sick with all propaganda and lies everywhere. Lagipun semua dah tahu the result. So tak perlulah nak ulas lagi. The fact and figure are there. Fear factor have their winner. Our Aussie will remain in Iraq for another couple years. We've decided to responsible for any consequences "for the sake of sustainable of TRUE Australia".

Sejak kebelakangan ini jugak dah agak kurang berpeluang untuk updates blogs. Sorry mate for this critical time management crisis. InsyaAllah, I'll be more committed in the future. Walaupun ada banyak report about Zionist terror especially at Gaza Strip lately. Tiada coverage bukan bermakna, I've surrender... I've not finish yet. Masya Allah, kuat juga dugaan untuk menyebarkan maklumat walau yang sedikit ini. Bayangkanlah, jika nak berjihad Fisabilillah... Dengan dugaan masa yang sedikit ini ajer sudah mengeluh. Belum cukup bersedia hambaMu ini ya Allah.

Di tanahair ada sahabat-sahabat informer yang forwardkan this news since Friday. I didnt know what its significant to me since I'm not interested in Malaysian (malays) politic anymore. But when Im tracking back this news, Masya Allah, its (this news) make me smile (laugh) at last. It's a joke. How poor Malaccan, nowadays your Datukship now selling in kati at pasar borong. Sorry Im not joking. It's true. Thanks mate for forwarding THIS. Happy reading.



Gambar hiasan courtesy © TV SMITH at www.mycen.com.my/duasen


Melaka anugerah 84 Datuk - Jumlah terbesar darjah kebesaran dalam sejarah negeri

Oleh: MUHD NIZAM ABD. HAMID dan AIZAWATI AHMAD

MELAKA 8 Okt. - Kerajaan Melaka hari ini mengumumkan senarai penerima anugerah kebesaran yang memperlihatkan sejumlah 84 orang menerima pelbagai gelaran Datuk, satu jumlah terbesar pernah dikeluarkan dalam sejarah negeri ini.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan berlaku sedikit kekecohan mengenai kedudukan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang disenaraikan menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran Datuk Seri.

Beliau pada awalnya dikatakan menolak penganugerahan itu tetapi dalam satu sidang akhbar tergempar di kediamannya di Kuantan pada 12.30 tengah malam ini, beliau mengumumkan akan menerimanya.

``Saya menerima tawaran itu dan mengesahkannya,'' katanya sambil menolak dakwaan yang mengatakan beliau enggan menerima anugerah itu.

Setakat ini belum pasti bagaimana timbul dakwaan yang mengatakan Adnan telah menolak tawaran itu, yang dikatakan dibuat pada saat-saat terakhir.

Nama Menteri Besar Pahang itu telah diumumkan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Datuk Md. Sirat Abu pada sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini pagi ini sebagai seorang daripada lima penerima DGSM.

Bagaimanapun beberapa jam selepas itu, pejabat Ketua Menteri Melaka menghubungi pejabat-pejabat akhbar di negeri ini dan meminta nama Adnan dikeluarkan daripada senarai penerima anugerah kerana belum ada pengesahan sama ada beliau akan menerima darjah itu atau sebaliknya.

Md. Sirat ketika dihubungi lewat petang ini menjelaskan, Adnan telah memaklumkan bahawa beliau menerima anugerah tersebut tetapi meminta "penganugerahan ditangguhkan sehingga tahun depan."

"Kita sudah memaklumkan kepada Adnan mengenai penganugerahan itu dua hari lalu dan beliau pada awalnya bersetuju untuk menerima darjah itu," katanya.

Bagaimanapun difahamkan, kerajaan Melaka melalui Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam telah 'memujuk' Adnan untuk menerimanya.

Upacara penganugerahan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Ke-66 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob akan berlangsung mulai esok.

Sebanyak 889 orang akan menerima anugerah pada majlis penganugerahan tahun ini termasuk 84 penerima anugerah utama yang membawa gelaran sama ada Datuk Seri Utama, Datuk Seri, Datuk Wira dan Datuk.

Daripada 84 penerima itu, seorang akan menerima Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM), lima orang Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM), lima orang Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) dan 73 orang menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).

Sehingga pukul 11.30 malam ini, sumber kerajaan Melaka memberitahu masih tidak ada kata putus daripada Adnan sehinggalah Menteri Besar Pahang itu sendiri memanggil satu sidang akhbarnya tengah malam ini.

Majlis penganugerahan tersebut akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, esok, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului senarai 889 penerima anugerah darjah, bintang dan pingat kebesaran Negeri Melaka itu.

Abdullah yang akan menerima anugerah tertinggi kerajaan negeri Melaka iaitu DUNM yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, bagaimanapun hanya akan menerima anugerah itu pada sesi khas Selasa ini.

Para penerima lain akan menerimanya esok dan Isnin ini.

Pada sidang akhbar hari ini, Md. Sirat memberitahu:

"Jumlah penerima kali ini merupakan yang paling ramai pernah diberikan oleh kerajaan negeri Melaka."

Jumlah pemberi gelaran Datuk yang terbesar pernah dicatatkan ialah Pahang pada 2002 dengan 96 orang manakala yang terkecil iaitu dua oleh Johor pada tahun yang sama.

Isu penerima gelaran ini pernah dibangkitkan pada waktu itu apabila pelbagai pihak mempersoalkan lambakan pemberian anugerah Datuk dan Tan Sri di Malaysia.

Utusan Online

  • PM Heads Melaka Honours List
  • Datukship: 'Not a payback'
  • Melaka Gives "50 Dalil" Writer Datukship

    AG: Ermmm, dah agak dah perkara-perkara macam ni pasti akan terjadi... Bersepah ler ngan datuk datin kat Malaysia la ni. Maybe equivalent 1 nisbah 10 rakyat Malaysia dah kut. Thanks, to unrecognised (unqualified) TYT of Malacca for his kindness (with his scumbag friends).
  • 2 comments:

    Anonymous said...

    johor paling sedikit...
    kedekutnye sultan johor nk bg gelaran datuk kat rakyat johor...
    or org johor tak bnyk bg sumbangan dan tak terserlah..
    or sultan johor ni bimbang kalau datuk melimpah2 di johor sehingge lupe diri,berlagak....

    Anonymous said...

    aku org pahang rase bangge kerane org pahang bnyk dpt datuk dan sultan pahang pemurah..