BANGKOK: Jurucakap kerajaan Thailand semalam menuduh enam pemuda Islam yang mati dalam pertempuran dengan anggota keselamatan di selatan Siam kelmarin, berpunca daripada keadaan badan mereka yang lemah kerana berpuasa pada bulan Ramadan.
Malah, Jakrapob Penkair menafikan sekeras-kerasnya enam pemuda itu sememangnya menjadi sasaran dalam kekacauan kelmarin yang menyaksikan 1,000 anggota tentera dan polis melepaskan tembakan, meriam air dan gas pemedih bagi meleraikan keadaan.
Penkair turut mempertahankan tindakan anggota keselamatan bersenjata yang didakwanya melepaskan tembakan di atas paras kepala perusuh di luar sebuah balai polis di Narathiwat.
Anehnya, Penkair bagaimanapun tidak menolak kemungkinan enam pemuda itu terkena tembakan rambang.
"Bedah siasat sedang dibuat. Tetapi kita dapati kebanyakan mereka lemah kerana berpuasa. Mereka berdepan keadaan amat tegang dan terpaksa bertempur menyebabkan badan mereka tidak dapat bertahan dan meninggal dunia sejurus tiba di hospital."
Penkair turut mendakwa kononnya ada di antara kumpulan pemuda itu mengambil dadah "kerana mereka tidak memberi sebarang reaksi kepada soalan yang ditanya."
"Sehubungan itu saya menyangkal kemungkinan tindakan petugas kerajaan melakukan sesuatu yang menjadi punca kematian mereka terbabit. Itu tidak benar."
Beliau juga mendakwa ada kes tertentu yang mana pejalan kaki secara tidak sengaja terkena tembakan pihak yang bertempur. - AFP
No comments:
Post a Comment