Tuesday, October 05, 2004

Laman web disiasat: Kementerian kaji tindakan terhadap isu hina Islam

Oleh: Azman Zakaria, Wan Hazmir Bakar dan Magendran Rajagopal

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sedang mengkaji bentuk tindakan boleh diambil terhadap pengendali Screenshots, Jeff Ooi, berhubung penyiaran pandangan seorang peserta forum di laman web itu yang menyamakan Islam Hadhari dan politik wang dengan najis dan air kencing.

Menterinya, Datuk Seri Dr Hj. Lim Keng Yaik, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai isu membabitkan perbincangan kontroversi di laman web itu dan sudah mengarahkan pegawainya menyiasat.

Saya sudah mengarahkan pegawai saya melakukan kajian mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap beliau. Saya akan diberi taklimat mengenainya hari ini. Buat masa sekarang saya tidak ingin mengulas lanjut, katanya kepada Berita Harian ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar, memberi amaran keras kepada pengendali laman web tempatan supaya menghentikan segera apa-apa tulisan atau perbincangan yang menghina Islam bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Noh menyifatkan tindakan itu sebagai bermain api yang lebih berbahaya daripada isu perkauman kerana ia boleh mencetuskan rasa tidak puas hati umat Islam dan akhirnya boleh memudaratkan keselamatan negara.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata banyak bahan yang dipaparkan dalam internet adalah berbentuk fitnah dan hasutan untuk melaga-laga rakyat.

Najib berkata, pemantauan dan mengawal selia bahan dalam internet dilakukan oleh Kementerian Penerangan dan ia dibentangkan secara berkala dalam mesyuarat jemaah menteri.

Sekiranya kita nak beri reaksi, dalam internet ada macam-macam perkara, kebanyakannya dalam bentuk fitnah dan hasutan, katanya selepas merasmikan Hari Keluarga Interaksi Orang Kurang Upaya ke-6 di Taman Tasik Titiwangsa.

Pemantauan terhadap Screenshots semalam mendapati Jeff masih enggan memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung penyiaran pandangan peserta perbincangan yang menghina Islam Hadhari itu.

Sebaliknya beliau mendakwa Berita Harian cuba mengalih tumpuan dan kebimbangan umum mengenai politik wang serta menyatakan beliau dan peguamnya sedang mengkaji sama ada laporan akhbar ini berniat jahat atau tidak.

Beliau juga menulis mengenai seorang wartawan Utusan Malaysia yang dikatakan meminta reaksinya terhadap kontroversi yang dicipta Berita Harian dan berpesan kepada wartawan itu supaya quote dengan betul dan tepat segala catatan berhubung isu itu.

Sebelum itu, Screenshots menyiarkan bagaimana wartawan New Straits Times (NST) menghubunginya sekali lagi untuk mendapatkan reaksinya terhadap saranan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, supaya Jeff Ooi bertanggungjawab dan meminta maaf terhadap kesalahan yang dilakukan.

Kelmarin, Jeff Ooi, yang mengakui dirinya bukan wartawan, mempersoalkan etika kewartawanan wartawan akhbar ini kerana tidak menghubunginya untuk mendapatkan penjelasannya sesuatu yang beliau sendiri tidak pernah lakukan apabila menulis mengenai pihak lain.

Jeff Ooi mendakwa dia tidak harus dipersalahkan kerana sudah menjawab kepada peserta terbabit bahawa ulasan berhubung perbincangan mengenai Islam Hadhari itu boleh dianggap sebagai menghina Islam dan menyakiti perasaan orang lain.

Malah, katanya, beliau juga sudah menyekat peserta yang menggunakan nama samaran Anwar itu daripada terus menggunakan kemudahan lama webnya untuk memberi ulasan, sehari sebelum Berita Harian melaporkan kisah itu.

Berita Harian, Malaysia.

Action may be taken against web blogger

The authorities are studying the form of action to be taken against web blogger Jeff Ooi for allowing derogatory statements on Islam Hadhari to be posted on his website.

Datuk Seri Lim Keng Yaik, the Minister of Energy, Water and Communications said that he had been informed of the controversy and had directed ministry officials to investigate.

"I have asked my officials to see what action can be taken," he said.

One of the participants in Ooi's forum had posted on the website that it was unacceptable to compare Islam Hadhari and money politics to "water and oil" because water and oil are suci (untainted) things.

The person, instead, stated that Islam Hadhari and money politics were like "shit and urine". Umno Youth has asked the blogger to post an apology.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak noted today that the Information Ministry monitors information posted on the Internet.

The ministry briefed the Cabinet periodically on latest news developments on the Internet. Yesterday, Deputy Internal Security Minister Datuk Noh Omar warned local webmasters to stop playing with fire by writing anything derogatory on Islam. Or else, the Internal Security Act might be used, he said.

Ooi has not commented on the controversy, despite several attempts by newspapers to allow him his right of reply.

NSTP, Malaysia.

AG: Hahahaha, BTW keep on your good work Mr Jeff Oii. What a tremendous cheap publicity. Don’t worry we know that what “Anwar� have comment there. Sure not written by you right. Please dont bother with that flies sound. Sejak bila pulak umat Islam have been recognised that Islam Hadhari of General Election have being portrays as a real Islam in Malaysia or another part of the world, beside of another pure cheap propaganda. How should they claimed that.

As what I've learnt before... there's only one Islam in this entire world. Cukuplah satu, sebab ummah pun dah cukup suffer dengan permasalahan perbezaan pendapat ni. Islam sudah cukup complete - syumul setelah kewafatan Rasulullah SAW. Terimalah Islam yang satu sebagai addin, cara hidup secara keseluruhannya.

So at this stage, siapa yang tidak berhak dikritik (or kutuk in malays) jika berhasrat to rebranding or intent to commercialized Islam. Sebagaimana Taliban at Afganistan have been heavily under fire because of not really portrays the real teaching of islam. Chechen rebel with their terror works at Beslan school or even in Malaysia, PAS being labled not the real Islam and everybody have the right to condemnd them. So what the different to that yours Islam Hadhari. Can someone convinced me this the only real Islam that we have, others are not Islam. Anybody?

For me personally the main issue here, bukanlah Islam Hadhari itu nak kita surehebohkan... Tapi apa yang everybody have says "Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap." Im not against what so called Islamisation or other Islamist move, just Im totally mad with who those hypocrites. Usahlah cepat melenting dengan point of view "orang lain" terhadap agama kita... Lets realised yang dikatakan tu bukanlah Islam secara keseluruhannya, but the major concern was yang kononnya nampak macam DNA Islam, macam makhluk Muslim dalam arus politik meLAYU Malaysia tapi perangai dan tabie serta spesisnya menunjukkan sebaliknya - absolutely contradict. Malulah sikit. Lagipun siapa kamu semua yang bkebal dari kritikan. Kalau macam ni dah nak censor internet dan banned server or nak ISA'kan webmaster... better you all tong sampahkan ajer MSC project tu. Kalau camni nak handle Information Age we all kat sini dah tak larat nak gelak dahhh.

Nasihat aku buat pencacai-pencacai sekalian di tanahair, bukalah minda yang sedikit dan luangkanlah masa barang 10 minit... bacalah apa yang KONONnya dikatakan menghina Islam tu. Orang Islam yang mana satu yang rasa terhina tu???