Friday, October 15, 2004

NSTP menang besar

By Norfatimah Ahmad

PETALING JAYA: Wartawan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) mendominasi Hadiah Kewartawanan Malaysia 2002 apabila memenangi sebahagian besar daripada anugerah yang dipertandingkan, malam tadi.

Dua wartawan Berita Harian, Mohd Yusof Sulaiman dan Khairul Anwar Rahmat, menerima anugerah kewartawanan berprestij negara, Hadiah Kajai.

Mohd Yusof dan Khairul Anwar dipilih menerusi laporan khas mereka, bertajuk 'Siasat Pejabat Tanah' berkaitan kerenah birokrasi dalam pentadbiran dan urusan di pejabat tanah seluruh negara.

Kedua-duanya memenangi wang tunai RM10,000, pingat emas dan sijil penghargaan. Bagaimanapun, Khairul Anwar kini bertugas sebagai peguam sepenuh masa sejak 2003.

Hadiah disampaikan Naib Presiden Urus Niaga Minyak Petronas, Datuk Anuar Ahmad. Turut hadir, Pengerusi Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Ahmad A Talib, Pengerusi Panel Hakim, Prof Dr Mohd Safar Hasim dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Hishamuddin Aun.

Ini kali kedua berturut-turut anugerah itu dimenangi wartawan Berita Harian. Pada 2001, anugerah itu dimenangi Ketua Unit Khas Berita Harian, Karim Sulaiman.

Pada majlis malam tadi, tiga lagi kategori, iaitu Foto Media Terbaik, Kewartawanan Hiburan dan Sukan, turut dimenangi wartawan daripada Kumpulan NSTP.

Kategori Foto Media Terbaik dimenangi jurugambar Harian Metro, Rizal Braim Mohd Ibrahim yang menerima wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaan, manakala Kewartawanan Sukan (bahasa Inggeris) dimenangi dua wartawan New Straits Times (NST), Sarban Singh dan Elizabeth Lisa John yang menerima RM5,000 dan sijil penghargaan.

Tiga wartawan NST, Faridul Anwar Farinordin, Hafidah Samat dan Sharifah Arfah juga memenangi hadiah Kewartawanan Hiburan yang menerima RM5,000 dan sijil penghargaan.

AG: Tahniah buat rakan-rakan seperjuangan yang dapat "something" malam tu. Dapat dengar dari jauh jer. Dapat info pun lambat. Im here still be like this... Im proud with what Im right now. "Aku menulis bukan kerana nama..." sentimento sacramento sekejap pulak.

1 comment:

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » »