Wednesday, October 27, 2004

Tentera penceroboh Thai tembak petujuk perasaan

PATANI-DARUSSALAM: - 26 oktober,- Beribu-ribu orang Melayu Patani mengada kan tujuk persaan dihadapan pejabat daerah Taba, wilayah Menara hari ini ( Isnin 25/10), sekurang-kurangnya 6 petujuk perasaan gugur syahid dan beratus-ratus cedera apabila pihak askar penceroboh Thai bertindak ganas melepaskan tembokan dengan senjata berat kearah mereka.

Maksud tunjuk perasaan itu hanya mendesak supaya 6 sukarilawan (OSO) yang dituduh menjual senjata kepada pejuang kemerdekaan Patani, sedangkan senjata itu diberikan oleh penceroboh untuk memerangi pejuang.

Lebih 400 penunjuk perasaan lagi, kebanyakannya belia, ditahan dan dibawa ke kem tentera Inkayut Borikan, Patani manakala pihak pencerobok Thai segera mengenakan perintah berkurung mulai pukul 10 malam hingga 6 pagi.

Pertempuran bermula kira-kira jam 2 petang waktu tempatan itu berlaku di luar sebuah balai polis di Tabar.

Kejadian itu adalah yang terburuk di Patani, selepas peristiwa berdarah di Masjid Kerisik di Patani pada 28 April lalu yang menyebabkan 32 orang Jamaat tabligh yang keluar berdakwah gugur syahid.

Dalam kejadian hari ini saksi-saksi berkata, sebaik sahaja askar-askar mara, dan melepaskan tembakan kearah penujuk perasaan, manakala penunjuk perasaan melemparkan batu kearah tentera penceroboh Thai.

Pihak penceroboh Thai pula berkata, kira-kira 20 penunjuk perasaan dan 10 askar serta polis cedera sewaktu pertempuran mula meletus dengan batu-batu dilemparkan.

Televisyen penceroboh melaporkan, lebih 400 penunjuk perasaan ditahan dan dibawa ke berek askar untuk disoal siasat berhubung peristiwa terbaru itu.

Siaran televisyen itu juga menyiarkan imej askar-askar penujuk perasaan melepaskan penyembur air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan beribu-ribu penunjuk perasaan yang berhimpun di balai polis Tabar sejak awal pagi.

Tunjuk perasaan dilancarkan oleh penduduk kampung hari ini bagi mendesak pihak berkuasa membebaskan enam sukarelawan (OSO) yang ditangkap polis, minggu lalu.

Polis penceroboh Siam menahan mereka atas tuduhan menjual senjata kepada pejuang kemerdekaan Patani,

Bagaimanapun, sukarelawan itu mendakwa, senapang mereka hilang dicuri orang.

Sebelum kejadian berdarah di Patani April lepas, pejuang kemerdekaan Patani menyerang beberapa balai polis dan pos tentera di wilayah Patani, Jala dan Senggora.

Komander Tentera penceroboh Thai Wilayah Selatan, Pisan Wattanwonngkeree, pada satu sidang media hari ini berkata: ``Saya arahkan mereka bersurai. Mereka mempunyai senjata. Para pemberita boleh melihat mereka menggunakan senjata untuk bertempur dengan pegawai-pegawai keselamatan.''

Sementara itu, Perdana Menteri penceroboh Thailand, Thaksin Shinawatra yang melakukan lawatan mengejut ke tempat kejadian berkata: ``Saya mahu memberi tahu masyakat Melayu bahawa saya tahu apa yang berlaku di Patani dan saya tidak akan membenarkan pihak berkuasa menganggu orang awam.

``Bagaimanapun apabila pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang, mereka perlu menghormatinya.''

Menurut beliau, kunjungannya itu untuk melihat sendiri tempat berlakunya pertempuran itu dan untuk memberi sokongan moral kepada pihak berkuasa.

pergolakan di Patani mula meletus pada Januari lalu apabila sekumpulan bersenjata menyerbu sebuah kem tentera dan membunuh empat askar sebelum merampaskan beratus-ratus laras senjata termasuk raifal M 16.

Sejak itu, pergolakan terus menjadi-jadi dengan lebih 465 orang terkorban dalam pergolakan yang berlaku di empat wilayah iaitu Patani, Jala, Menara dan Senggora, yang didiami oleh masyarakat Melayu, Patani adalah sebuah negara yang pernah berdaulat sebelum ditakluk oleh penceroboh Thailand.

Masyarakat Melayu Patani sebelum ini mendakwa mereka menjadi mangsa diskriminasi oleh penalukan Siam khususnya dari segi pendidikan dan pekerjaan.

Manakala Thaksin pula berpura-pura memberi perhatian terhadap masalah ini katanya beliau sendiri `turun padang' untuk berjumpa dengan masyarakat Melayu bagi mencari jalan perdamaian.

Para pegawai penceroboh Thailand turut mengadakan perbincangan dengan pemimpin pejuang pembebasan Patani dalam usaha menamatkan sengketa di wilayah tersebut.

UPM/AP