Wednesday, October 27, 2004

Thaksin puji tindakan askar

ANGGOTA keluarga kira-kira 1,300 pemuda Muslim yang ditahan pihak berkuasa Thailand semalam, menunggu penuh sabar bagi mengetahui nasib orang kesayangan mereka di depan sebuah kem tentera di wilayah Pattani. – Gambar AFP


TAK BAI: Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra memuji tindakan tentera mematahkan tunjuk perasaan penduduk Islam dekat balai polis di sini, kelmarin.

Beliau berkata tindakan yang bertujuan mencetuskan kekacauan dan huru-hara tidak dapat diterima.

Thaksin berikrar akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemisah Islam yang menyemarakkan keganasan di wilayah dekat Malaysia.

Dalam kejadian itu sekurang-kurangnya 84 penduduk Islam dilaporkan terbunuh, kebanyakan kerana sesak nafas atau terpijak selepas 1,300 orang dimasukkan ke dalam lori askar.

Menurut laporan, enam orang terbunuh dalam serangan balas askar ke atas kira-kira penunjuk perasaan beragama Islam yang tidak puas hati dengan penangkapan rakan mereka oleh pihak tentera.

Jeneral Sirichai Thanyasiri, komander pasukan khas yang dibentuk bagi memulihkan keadaan keselamatan di selatan Siam, berkata kerajaan akan mengenakan tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

"Semua pemimpin dan anggota kanannya yang mendalangi rusuhan itu akan diheret ke mahkamah. Mereka yang tidak terbabit pula akan dibebaskan tetapi saya tidak dapat katakan bila," katanya pada satu taklimat media.

"Mereka yang ditahan diletakkan di tiga kem tentera di wilayah Pattani,� kata Sirichai sambil menambah pihak berkuasa turut merampas empat laras senapang daripada mereka.

Beliau juga mendakwa tidak mengetahui bilangan sebenar mangsa yang mati dan cedera dalan kejadian terbaru di selatan Siam itu.

Sementara itu seorang pemimpin Islam selatan Thailand semalam menuduh anggota tentera negara itu bertindak keterlaluan ke atas penunjuk perasaan sehingga sekurang-kurangnya enam orang maut.

Pengerusi Majlis Islam Narathiwat, Abdulraman Abudulsamad berkata, pasukan keselamatan sepatutnya lebih sabar.

"Saya rasa pasukan keselamatan bertindak keterlaluan dengan menggunakan kekerasan untuk meleraikan perusuh. Kemalangan jiwa itu boleh dielakkan jika anggota keselamatan itu lebih bersabar dan menggunakan pendekatan yang tidak keras," kata Abdulraman.

Insiden terbaru itu meletus kelmarin selepas kira-kira 2,000 pemuda Muslim menuntut pembebasan enam rakan mereka yang ditahan di sebuah balai polis di Takbai, pinggir Narathiwat.

Polis dan anggota tentera sebaliknya menggunakan peluru, meriam air dan gas pemedih mata untuk meleraikan kumpulan pemuda berkenaan. enam orang terbunuh.

"Ia cuma membangkitkan kembali kenangan buruk kejadian April lalu. Kejadian itu masih segar dan dengan pembunuhan terbaru ini, saya bimbang akan disusuli lebih banyak keganasan dan balas dendam daripada mereka terbabit," kata Abdulraman.

AFP/AP/Reuters

3 comments:

Anonymous said...

What a great site » »

Anonymous said...

Very nice site! Bentley continental gt tail lights Cisco router throughputs Leadtek graphics card artifacts Breast enlargement fl Porsche kreuzlingen Virtual terminal merchant account

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP here