PATTANI: Menteri Dalam Negeri Thailand semalam mempertahankan pendekatan keras kerajaan ke atas membunuh 108 militan remaja Islam kelmarin dalam pertumpahan darah terburuk sejarah umat Islam di selatan.
Menteri Dalam Negeri, Bokhin Bhalakula berkata, tindak balas itu wajar selepas ramai sami, anggota keselamatan dan pegawai kerajaan mati sejak empat bulan lalu dalam siri keganasan yang berlaku hampir setiap hari.
“Apabila mereka menyerang kamu, apa yang perlu kamu lakukan. Mereka menembak untuk mempertahankan diri,� katanya sambil menambah, pasukan kerajaan tidak tahu sejauh mana mereka bersenjata sebelum diserang.
“Perlu difahami, tiga bulan lalu kami kehilangan orang yang tidak berdosa, orang awam, pegawai kerajaan, tentera, pekerja biasa, mereka membunuh mereka tanpa sebarang sebab,� katanya kepada pemberita.
Timbalan Ketua Pemerintah Keselamatan Dalam Negeri, Panlop Pinmanee yang memberi arahan untuk menyerang masjid itu memberitahu stesen radio Bangkok, beliau tidak mempunyai pilihan kecuali mengarahkan serangan ke atas masjid itu kerana tenteranya dikepung oleh orang ramai yang marah.
“Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika bilangan orang ramai di luar meningkat kepada beribu-ribu orang serta militan yang dikepung belum tertangkap.
“Saya tidak mahu kehilangan anggota saya dalam keadaan seperti itu. Saya tidak punyai pilihan dan terpaksa mengingkari perintah pegawai atasan yang melarang saya menyerang masjid itu.
“Saya tidak akan membuat keputusan itu jika orang ramai yang semakin ramai tidak memaksa saya,� katanya. – AFP
No comments:
Post a Comment