Saturday, September 11, 2004

MEREKA MEMERANGI KEGANASAN DENGAN KEGANASAN

Dr. Yusuf al-Qardhawi

Ada peristiwa besar dunia Islam yang penting dan harus kita renungkan, iaitu Tragedi 11 September 2001. Inilah tragedi ngeri yang telah mengoncangkan dunia serta negara kuasa besar yang selama ini menanggap dirinya kuat dan tidak akan diperangi, hanya menyerang dan tidak pernah diserang serta menganggap bahawa meraka kebal dan berada di dalam perlindungan yang menyeluruh di segenap penjuru.

Sebagai umat Islam, kita mengutuk serangan keji itu. Biar siapapun yang melakukannya, apapun agamanya, dari mana asal negaranya, apa pun etniknya, Arab atau bukan Arab, muslim atau bukan muslim, Barat atau Timur, kita kecam tindakan yang telah membunuh ribuan orang itu.

Selepas persidangan Menteri Luar, Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), saya telah didatangi beberapa wartawan media asing. Mereka menghujani saya dengan pelbagai persoalan, supaya pada akhirnya saya akan mengeluarkan kenyataan yang menyokong tindakan serangan itu. Mereka cuba untuk mengaitkan tindakan serangan ke atas World Trade Center (WTC) dengan serangan bom syahid di Palestin. Mereka ingin agar saya mengeluarkan kenyataan yang membolehkan tindakan seperti itu. Saya tegaskan kepada mereka bahawa terdapat perbezaan yang jelas di antara dua masalah itu. “Apa perbezaannya?� soal mereka.

Saya jelaskan bahawa apa yang terjadi di Palestin adalah penentangan yang dilakukan di Negara Palestin. Itu adalah usaha mempertahankan hak dan tanah air, melawan penjajah yang merampas dan memerangi mereka. Penjajah itu dating dari pelbagai Negara, lalu memaksa dan mengusir meraka yang memiliki hak ke atas Palestin. Ini bererti para pejuang Palestin itu mempertahankan haknya.

Adalah hak setiap orang untuk mempertahankan tanah airnya walaupun dengan mengorbankan dirinya sendiri. Mempertahankan tanahair adalah kewajipan yang ditetapkan oleh syari’at agama langit dan undang-undag bumi, serta etika antarabangsa dan moral. Bahkan ia sejalan dengan fitrah biologi. Ketika tubuh kita diserang virus dari luar, maka tubuh kita akan bertindak untuk menolak kuman atau virus tersebut. Ini adalah fitrah manusia. Maka manusia yang berperang melawan penjajah, tindakannya adalah sah dan dibenarkan. Tambahan pula, masyarakat Zionis Israel adalah masyarakat militia (tentera) yang lengkap bersenjata. Mereka semua adalah tentera, baik kaum lelaki atau wanita.

Adapun jika serangan terhadap musuh itu dilakukan di tempat lain dan mengorbankan diri sendiri juga orang lain yang tidak bersalah, maka itu tidak di benarkan. Apakah para penumpang pesawat itu mangatakan kepada perampas bahawa mereka bersedia untuk menjadi korban demi perjuangan atau kepentingan perampas? Sudah tentu tidak! Mereka tidak akan menyetujui tindakan ganas itu. Mereka semuanya tidak mempunyai kesalahan apa-apa. Di antara mereka itu pula, ada yang beragama Islam, ada orang Arab, ada orang Asia dan pelbagai etnik lain.

Namun, apakah bantahan kita terhadap serangan itu bererti kita membenarkan tindakan melancarkan perang habis-habisan terhadap keganasan, seperti yang dilakukan Amerika? Lantas, melakukan tindakan menghancurkan bumi Afganistan, memerangi bangsa yang miskin dan kelaparan, bangsa yang hidup dalam keadaan amat sengsara? Apakah kesalahan bangsa ini? Mereka mengatakan, salahnya adalah kerana Osama Bin Laden berada di Afganistan. Padahal sampai kini, Amerika masih mengatakan bahawa Osama Bin Laden adalah orang yang paling disyaki. Ertinya penglibatan Osama hanya pada sangkaan mereka dan tiada bukti yang benar-benar kukuh untuk menuduhnya.

Beberapa waktu lalu, Menteri Luar Qatar mengatakan bahawa Amerika telah mengemukakan bukti kepadanya, tetapi bukti-bukti itu tidak jelas dan tiada asas. Apakah hanya kerana syak, Amerika dan sekutunya berhak menghukum satu bangsa seluruhnya? Rakyat Afganistan bersedia membawa Osama ke pengadilan syaria’at Islam dan menghukumnya jika terbukti beliau bersalah. Malah rakyat Afganistan juga turut mengecam serangan ke atas WTC.

Setiap tuduhan harus ada bukti jelas. Tidak boleh menghukum orang hanya sekadar dengan tuduhan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenai pertuduhan, dengan mengatakan, “ala mithli syamsi fasyhad.� Ertinya, tertuduh harus terbukti bersalah seperti seorang yang melihat matahari di waktu siang yang terang benderang. Rasulullah s.a.w juga mengatakan, jika manusia boleh dihukum kerana tuduhan, nescaya ramai yang akan menuduh kaum lain dengan tuduhan menumpahkan darah dan merampas harta benda mereka.

Namun, apakah bukti-bukti tentang penglibatan Osama? Sehingga kini, mereka langsung tidak dapat menunjukkan bukti yang terang dan nyata. Meraka telah mengemukakan senarai nama seramai 19 orang yang dikatakan terlibat melakukan serangan itu. Bagaimanapun, di antara tertuduh itu, ada yang masih hidup dan tinggal di Arab Saudi. Ada juga yang sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu, ketika masih kanak-kanak. Lalu apa buktinya jika dikatakan perampas pesawat itu adalah orang Arab? Semua tuduhan itu adalah karut kerana tiada bukti yang jelas.

Dalam peristiwa serangan di Oklahoma City beberapa tahun lalu, mereka juga menuduh bangsa Arab dan umat Islam, tapi ternyata pelakunya adalah pengganas warga Amerika sendiri. Jadi ada kemungkinan orang Amerika sendiri yang melakukan serangan ke atas WTC, atau mungkin juga orang Jepun yang mahu membalas dendam pengeboman ke atas Hiroshima dan Nagasaki. Atau barangkali pelakunya berbangsa Serbia, atau boleh jadi juga orang yang berasal dari pelbagai Negara. Tidak ada bukti yang kuat terhadap hal itu. Semuanya masih samar-samar dan cuma andaian mereka.

Bahkan kenyataan Osama Bin Laden menerusi stesen televisyen al-Jazeera bahawa para pelakunya adalah kumpulan Islam yang mehu memberi pengajaran kepada Amerika; ini bukanlah kenyataan sebenar yang berupa pengakuan melainkan semacam satu amaran untuk menakutkan Amerika. Kenyataan Osama itu, apabila diucapkan di hadapan seorang hakim, maka tidaklah boleh dianggap sebagai pengakuan. Lalu apa sebenarnya tanggungjawab Osama? Apakah orang-orang yang melakukan itu adalah ahli pasukan milik Osama?

Katakanlah, Osama mendorong mereka melakukannya, tetapi apakah itu menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap peristiwa itu? Mungkin beliau boleh dipertanggungjawabkan dalam peringkat kedua atau selanjutnya. Itupun jika terbukti secara meyakinkan. Namun, hingga sekarang belum ada buktinya. Lantas, apa salah rakyat Afganistan sehingga mereka dibom dan seluruh kehidupan mereka dimusnahkan? Semua milik mereka hancur, semua rumah dan bangunan hancur, malah ramai orang awam terbunuh.

Stesen televisyen al-Jazeera, (22-October-2001) menyiarkan liputan langsung mengenai pembunuhan 93 orang awam di sebuah kampong di Afganistan. Mereka semua terbunuh akibat serangan bom yang digugurkan oleh pesawat perang Amerika yang canggih itu. Persolannya, apakah Afganistan wajar menerima hukuman seperti itu, dan patutkah bumi Afganistan dan warganya dihujani dengan peluru serta bom?

Dari 93 orang yang terbunuh itu, di antaranya ialah 18 orang yang merupakan satu keluarga. Mereka terbunuh ketika cuba meninggalkan tempat mereka kerana takutkan serangan Amerika. Mereka cuba pergi ke tempat aman dan selamat tetapi di tengah jalan mereka telah dibedil dan terbunuh.

Inilah satu lagi keangkuhan dan keganasan yang dilakukan oleh Amerika di muka bumi. Perang melawan keganasan oleh pihak yang tidak tahu erti keganasan. Hingga kini tidak diketahui keganasan apakah yang mahu diperangi. Apa itu keganasan? Mereka mahu agar istilah itu digukan secara umum. Istilah pengganas mahu diletakkan kepada seluruh pejuang Islam sehingga meliputi gerakan pejuang kemerdekaan Palestin, Hizbullah di Lebanon, para mujahid di Kashmir, dan ini benar-benar mereka lakukan.

Amerika telah mengeluarkan senarai 27 buah organisasi yang dianggap sebagai organisasi yang dianggap sebagai organisasi pengganas, sehingga pertubuhan amal pun dituduh menyokong keganasan. Padahal pertubuhan-pertubuhan sosial itu telah banyak melakukan amal bakti yang sangat penting dan bermanfa’at.

Beberapa waktu yang lalu, sejumlah pertubuhan amal Islam antarabangsa telah berhimpun di Kuwait. Saudara kita, Abu Badar Abdullah, Ketua Pertubuhan amal Islam al-Islah telah menemui kami dan menunjukan rekod kegiatan mereka di Kuwait selama 30 tahun.

Mereka telah membangunkan ribuan masjid, ribuan sekolah, ribuan institusi pengajian dan pusat latihan hafalan al-Qur’an, mengali ribuan telaga sebagai sumber air, membuka ribuan lading, ribuan anak yatim dibantu, ribuan pelajar mendapat biasiswa dan banyak lagi kerja-kerja amal lain. Inilah jasa dan bakti pertubuhan amal Islam yang dituduh sebagai mendukung keganasan.

Kalimat keganasan digunakan untuk membenteras semua kegiatan Islam, dakwah Islam, gerakan Islam dan mereka telah memulakannya di Afganistan. Kita tidak tahu siapa lagi yang akan menjadi korban seterusnya. Malangnya, ramai juga pemerintah Islam yang menyokong Amerika. Para pemimpin Islam itu tidak mampu untuk membantah, walaupun dengan sekadar mangatakan “belum boleh� apatah lagi mengatakan “tidak� kepada Amerika. Kelemahan, kehinaan dan ketakutan mereka akhirnya menyebabkan mereka bertindak menyokong serangan terhadap semua kegiatan Islam, dakwah Islam; sama seperti serangan terhadap terrorisme, fundamentalisme atau nama-nama lain yang mereka berikan kepada umat Islam yang ikhlas berjuang semata-mata kerana Allah S.W.T.

Ketika seorang diplomat Amerika Syarikat mengunjungi saya beberapa waktu lalu, saya katakan kepadanya bahawa apa yang dilakukan oleh Amerika itu sebenarnya langsung tidak berguna. Malah saya turut melahirkan kebimbangan apabila kerajaan Amerika mengeluarkan dana besar berjumlah 40 billion dollar bagi memerangi keganasan, tetapi ternyata hasilnya kosong, bahkan di bawah paras kosong.

Dengan tegas saya katakana: “Kalian tidak mampu manghapuskan keganasan. Mungkin kalian akan dapat menangkap dan membunuh Osama Bin Laden, tetapi bakal muncul pula ribuan Osama yang lain apabila kalian tidak menutup serta menyelesaikan punca yang menyebabkan keganasan itu. Ini sebenarnya adalah akibat dari kezaliman yang kalian lakukan. Kalian telah melakukan keganasan terbesar di atas muka bumi, kerana membiarkan “Israel� di bumi Palestin terus bermaharajalela melakukan kezaliman terhadap bangsa Palestin. Hingga kini “Israel� terus membunuh beribu-ribu rakyat Palestin serta memusnahkan harta benda mereka. Bagaimanapun, kalian masih tetap juga menyokong “Israel�. Apakah ini dinamakan keadilan?!�

Saya juga mengatakan kepada diplomat itu: “Kalau bukan kerana sokongan Amerika, bantuan dana, senjata, serta kuasa veto Amerika, “Zionis Israel� tidak akan berdiri di bumi Palestin, dan mereka tidak akan berani bertindak zalim seperti apa yang mereka lakukan sekarang. Maka selama kalian (Amerika) tidak menghapuskan dan mencabut akar keganasan itu, bererti keganasan akan terus berlaku!�

Oleh itu, saya menegaskan agar Amerika segera mencabut akar kejahatan yang dilakukannya, jika mereka benar-benar ingin memerangi keganasan. Saya katakan kepada mereka, bahawa keganasan tidak boleh ditangani dengan peperangan. Peperangan secara menyeluruh itu akan melibatkan orang-orang yang tidak bersalah sebagaimana yang kita saksikan sekarang. Perang akan memusnahkan orang awam, sementara pengganas yang diburu itu akan selamat kerana mereka mampu bersembunyi dan memiliki seribusatu cara untuk menyelamatkan diri.

Untuk memerangi pengganas, kita perlulah mempelajari dahulu jiwanya. Pengganas adalah orang yang berkeyakinan untuk berperang membela keyakinannya serta sangat fanatik terhadap pemikirannya. Mereka bukan memburu keuntungan material, tetapi membela prinsip yang diyakininya dan sedia mengorbankan dirinya untuk mencapai sesuatu matlamat. Tiada gunanya orang-orang seperti itu diperangi secara kekerasan, kerana mereka juga akan melakukan pembalasan yang lebih keras. Peperangan hanya membuatnya semakin keras dan tetap juga mempertahankan sikapnya.

Mereka seharusnya “diperangi� dengan pemikiran. Yakinkan mereka dari sudut pemikiran. Kita perlu mendengar apa yang mereka perjuangkan. Jika terdapat sebrang percanggahan, ia perlu diperbetulkan. Seandainya ada kebenaran di pihak mereka, maka kita perlulah berlaku adil dengan memberi keadilan kepada mereka.

Pengganas perlu diperbetulkan pemikiran mereka. Jelaskan bahawa mereka telah melakukan kesalahan, dan di sinilah pentingnya peranan para ‘ulama’, pakar psikologi, pakar pendidikan, bagi membetulkan sikap ekstrim mereka agar berfikiran lebih sederhana. Hnaya dengan cara ini dapat mengatasi keganasan. Ini tentu sahaja tidak dapat diselesaikan dalam sehari melainkan perlu usaha-usaha gigih yang berterusan.

Selanjutnya, saya juga menegaskan bahawa sebelum kita menentang mereka yang dikatakan pengganas itu dengan pemkiran, terlebih dahulu kita harus melawan kezaliman kita sendiri, iaitu dengan menegakkan keadilan. Jika kita ingin mencapai matlamat memerangi keganasan, inilah salah satu-satunya cara, iaitu dengan menegakkan keadilan di muka bumi. Keadilan adalah dasar segalanya. Semua manusia di dunia ini mahukan keadilan. Jika keadilan tertegak, maka akan hancurlah fenomena keganasan dan kekerasan.

Sebenarnya kekerasan itu lahir dari tekanan. Semakin keras tekanan, akan melahirkan ledakan. Hakikat ini samalah sebagaimana teori dalam ilmu Fizik. Apabila anda memasak air dengan api, air itu akan menggelegak (mendidih) dan mengeluarkan asap. Apabila asapnya tidak diberikan saluran untuk keluar, maka terjadilah letupan. Itulah sebenarnya keadaan yang berlaku ketika ini.

Petikan ceramah Dr. Yusuf al-Qardhawi tentang reality Umat Islam Masa Kini, di Qatar pada 6 Sya’ban 1422 H bersamaan 23 Oktober 2001 M

AG: Malangnya, ramai juga pemerintah Islam yang menyokong Amerika. Para pemimpin Islam itu tidak mampu untuk membantah, walaupun dengan sekadar mangatakan “belum boleh� apatah lagi mengatakan “tidak� kepada Amerika. Kelemahan, kehinaan dan ketakutan mereka akhirnya menyebabkan mereka bertindak menyokong serangan terhadap semua kegiatan Islam, dakwah Islam; sama seperti serangan terhadap terrorisme, fundamentalisme atau nama-nama lain yang mereka berikan kepada umat Islam yang ikhlas berjuang semata-mata kerana Allah S.W.T. - Contoh yang terbaik terdiri daripada Saudi Arabia, UAE dan Kuwait di Timur Tengah, Pakistan di Asia Tengah, Malaysia dan Indonesia di Asia Tenggara... tanpa melupakan Egypt dan Algeria di Afrika Utara.

No comments: